MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
OLEH: DR MUHAMMAD BIN ABDURRAHMAN AL-URAIFY
DR A’IDH BIN ABDULLAH AL-QARNI,MA
SYAIKH MUHAMMAD BIN HUSAIN YA’QUB
*JURANG KEMATIAN
Segala puji bagi Allah Rabbul ‘Alamin Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang,Penguasa Hari Pembalasan.Segala puji bagi Allah Yang Maha Mulia,Maha member,Maha penyanyang Lagi Maha Menerima Taubat.Segala Puji bagi Allah Yang member petunjuk ke jalan Yang Lurus,Penghilang kesusahan dan penyelesai segala kesusahan.
Suatu tempat yang dinamakan kubur iaitu ruang yang akan memusnahkan jasad kita dalam benaman tanah.Menantikan hari kebangkitan dan berduyun-duyun manusia dihadapkan ke hadapan Raabbul ‘Izzati.Menunggu saat ditiupkan sangka kala.
Sekalian penghuni kubur akan berada di bawah tanah.Tiada siapa pin yang akan mengetahui nasib mereka kecuali Zat Yang Maha Mengetahui perkara-perkara di luar jangkauan manusia.
Ya itulah kematian.Suatu janji yang Allah berikan kepada semua manusia.Tidaklah terkecuali sedikit pun,budak mahupun raja,cerdik pandai atau menteri,yang mulia atau yang lemah,kaya atau miskin,semuanya tidak terkecuali.Tidak dapat lari dari janji dan ketetapan Ilahi bernama kematian.
“..Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian ,hindarkanlah maut dari diri kamu,jika betul kamu orang-orang Yang Benar”. (Ali Imran:168)
Di manakah bala tentera yang gagah,berani dan perkasa?
Di manakah kerajaan?
Di manakah kewibaan?
Ke mana pergi nya istana mewah dan sahabat handai taulan?
Di manakah segala nya itu?
____****____
Taqdir sering mengintai di setiap sudut
Takdir juga sentiasa bersedia menghancurkan setiap hamba
Tentu nya kau pasti akan melihat nasib sebuah kaum
Sebagaimana yang menimpa Kaum Tsamud dan A’ad
Adakah kau ingat apa yang telah terjadi pada Bani Asfar,ahli bangunan dan penakhluk gunung?
Adakah kau ingat apa yang terjadi kepada Bani Sasan yang pernah menjadi banteng ganas dan hitam?
Di manakah Daud dan Sulaiman ,panglima penghadang pasukan?
Di manakah Namrud dan anaknya?
Di manakah Qarun dan Haman yang mempunyai anayak kemewahan?
Semuanya tenggelam dalam pusaran takdir dan tidak akan muncul lagi..!
Lupa..??? Adakah kita pura-pura lupa terhadap takdir kematian?
Adakah kita akan lupa pada hari perpisahan dengan anak-anak?
Adakah kita akan lupa terhadap kubur yang sentiasa memanggil?
Yang akan menjadi tempat tinggal kita ,ditemani kegelapan,kehinaan,ketakutan dan bersendirian?
Di hari apakah kita akan dijemput Malaikat Maut?
Yang di waktu itu,ketika kita dipanggil dan kita tidak mampu menjawab panggilan
Di hari apakah perpisahan itu terjadi?
Seluruh tubuh akan menggigil
Menghadapi detik-detik kematian dengan susah payah
Di hari apakah jeritan itu terjadi?
Ketika wajah yang ceria dan indah menjadi pucat lesi dan takut
Mereka menangisi pemergian mayatmu dengan berduka cita
Dengan hati dan jantung berdegup kencang
Tangisan bertukar silih berganti.Air mata berlinangan tiada henti
Di hari apakah itu?
Ketika kita berdiri di hadapan Allah sewaktu menghadapi detik perhitungan amal dan persaksiaan
Di hari apakah kita akan meniti titian sirat?
Dalam kegoncangan yang hebat dan maha dahsyat
Di hari apakah kita nanti akan terbebas dari neraka ,azab dan belenggu?
Berapa..??? berapa banyak para raja kini menghuni kubur?
Berapa....??? berapa banyak ahli dunia kini yang telah terbujur kaku di liang lahat.
Dan berapa banyak mereka yang zuhud kini membisu dalam tanah?
Semuanya tenggelam dalam takdir kenikmatan dan kehinaan kubur,tanpa dapat lari dari nya.
---------*****-----------
